Wednesday, August 24, 2011

CIKGU JE??

assalamualaikum n salam sejahtera..


CIKGU..
ada apa pada CIKGU?? ye,,aku pasti sume readers blog cokia aku ni yang kompem2 semua penah bersekolah mesti ada cikgu peberet la, cikgu yang dia anti la n bla3.. dan aku tak nafikan aku pun dulu2 time sekolah macam korang jugak.. tapi kat sini aku nak cakap pasal kerjaya seorang guru,, bahasa kampungnya mcm aku ni cikgu la kan,.

dulu time sekolah rendah aku ada dapat 1 kad kaler biru.. besar.. kad tu cikgu yang isi.. kad maklumat diri tak silap aku la,, kat situ cikgu aku akan fill in la segala maklumat diri aku,nama mak aku, abah aku, berat,n bla3.. n yang paling aku ingat part cita2 aku.. haha,, aku ingat time sekolah rendah darjah 1, aku bagitau kat cikgu yang aku nak jadi doktor, cikgu,peguam,n polis,,  sebab apa ada banyak sangat cita2 aku?? sebab dalam kad tu ade banyak kolum lah.. haha,, =.='

ok back to the topik.. sebenarnya aku agak sentap la bila ade oran duk bersok sek sok sek cakap pasal kerjaya n bla2.. lagi2 bila pakcik2 n makcik2 duk jumpa kat pasar,, pastu jumpa jiran diorang or orang kampung n etc,, pastu nanti akan tanya cenggini,, :
  timah: eh senah, dah lama aku tak nampak anak ko si peah tu,,kat mana dia blajo sekarang?blajo ape?
  senah:oh, anak aku tu belajar kat U*M..ambik pendidikan..
  timah: oh nanti jadi cikgu JE la ye?? * sambil buat muka.. 

u see..cikgu JE dia kata?? adakah anda tidak sentap jika ada orang cakap macam tu.. especially macam aku yang bakal graduate as graduan fakulti pendidikan soon,, sighhh -.-' kemon la anda2 diluar sana..
tidakkah anda sedari bahawa kalau takde cikgu, tiada maknanya lah kan korang dapat jadi doktor,takdenye menteri gaji beso2,takdenye engineer minyak itam,n takdenye akauntan yang pegang duit juta2 tu.. cikgu lah yang ajar korang math, bio,fizik, sejarah n etc tahu tak? ade ke orang yang boley pandai sendiri tanpa perlu pegi sekolah n cikgu ajar?? kalau ada meh sini tunjuk kat aku sape orang tu.. nak kata budak nama adi putra tu? tu namanya gifted,yg tu aku tak boley nak cakap ape la kan,, tapi bagi orang biasa2 macam aku n kita2 ni, sudah semestinya ilmu yang kita dapat tu aku rasa paling koman 50% adalah tunjuk ajar cikgu,, 
  

oleh itu, tolong lah anda2 diluar sana, ubah mentaliti anda yang kerjaya cikgu ni xde kelas lah, utk budak2 yg dpt result "biasa2" lah.. oh pehliss la,, sekarang ni ada je budak yang straight A's SPM ambik kos pendidikn,, sila ubah mentaliti bahawa kalau straight A's kena amik kos medik, engineering.. abis tu kalau semua nak jadi doktor sape pulak yang nak jadi patientnya?? sape pulak yang nak jadi lecture yang nak ngajar tu?? fikir2 kan lah ye..

dan lagi satu.. sejak akhir2 ni aku ada terdengar dan terbaca di media massa mengenai kes2 liwat oleh cikgu, kes dera n sebagainya,, kes2 macam ni lah yang menambahkan lagi stigma masyarakat kita ttg kerjaya guru..  disini saya ingin memohon ye,, kepda rakan2 teman 1 kos pendidikan serta kepada bakal2 cikgu sekalian,, aku nak nasihat ni utk diri aku jugak.. sbg graduan pendidikan, sudah semestinya anda2 semua ada belajar subjek falsafah pendidikan, pedagogi, n psikologi pendidikan.. makanya,, adalah compulsory, ( xover sgt ke??) jika aku sarankan supaya anda aplikasikan apa yang anda telah n bakal belajar tu dalam kerjaya anda nanti.. supaya nanti takdelah orang cakap cikgu ni buas, keje makan gaji buta je la,, n bla3.. panas je aku tgk n dengar.. entry sebenarnya dah lama aku nak  tulis,, tapi ada je halangan.. so malam ni line bb ok maka dgn cargasnya aku meluahkan segala yang terbuku dihati.. *cewahh..

ok lah,aku rasa sampai sini je aku meraban.. esok lusa kalau rajin aku tulis lagi.. itu pn kalau ada idea,,terima kasih sudi baca tulisan buruk aku ni,, selamat malam n selamat berpuasa ^_^

No comments:

Post a Comment