Sunday, July 1, 2012

mari menggulung!

assalamualaikum n salam 1 malaysia!

muahaha.. cuti semester dah start.. makanya, mulalah aktiviti mencari rezki untuk menampung perbelanjaan untuk sem depan! sebenarnya ni first experience aku keje.. makanya agak nebes jugak masa nak pegi keje tu.. mcam mana lah agaknya.. haha.. oh lupa! aku keje kat tempat buat kuih batang buruk.. bagi yang tak tau kuih tu mcam mana rupanya.. silalah Google ye.. aku malas.. hihi.. aku keje sebagai penggulung kuih tu.. 1 dulang dpt RM0.60.. 1 hari aku dpt buat 30++ dulang.. agak sikit berbanding adik aku.. dia dapat buat 50++ dulang 1 hari.. tangan dia memang da macam mesin.. yela, dia da expert.. sebab sebelum ni dia da penah keje kt situ.. lagipun aku keje bru 5 hari..

life aku cuti ni pagi-pagi pkul 7.30 dah pegi, balek tengahri pkul 1.30-2.30 rehat.. pastu sambung sampai 5.30ptg.. next week aku plan nk keje malam pulak. tp kne mintak tolong abah antarkn.. sebab macam bahaya je kalau nk bawak moto sesorang.. nanti ade vavi melintas kang.. xpasal-pasal msuk parit aku ni.. da la aku ni rabun ayam.. oh okei lah.. sampai sini je.. ni pun nasib baik broadband ni baik pulak hari ni.. oh.. aku tgh nebes tggu result final ari tu.. ha lagi satu! sem depan aku dah jadi budak tahun TIGA! woaaa! pastu sem 2 dah pegi latihan mengajar..oh myyyyyyy! okei okei stop!.. till then.. wslam.. ^_^

Thursday, May 3, 2012

all about APRIL!

assalamualaikum dan selamat sejahtera!

amaran! entry ni lebih panjang dari biasa!


hewhewhew~~ mula-mula dah start gelak gedik aku ni..
oh okei.. it's alerady in May dan hari ni kau buat entry tajuk all about APRIL! ape ke pelik kau ni umi hanim oiii..

ha alkisahnya kenapa dah masuk bulan Mei baru aku nak menghupdate entry sebabnya bulan lepas iaitu April lah kn? merupakan bulan yang SANGATTTTTTTTTTTTTT busy bagi aku.. tapi bukan aku sorang je kot.. classmates yang lain pun sama.. sebabnyaa.. asignment berkejar-kejaran untuk disiapkn, presenTENTION beratur panjang, test dan kuiz yang menyeronokkan serta yang  paling penting urusan Kem Sains & matematik ( Scimex '12) dimana aku dan rakan-rakan seP.A yang lain yg handle merangkap jadi urusetia.. fuhhh!~~
memang berasap lah oii kepala time tu.. tido pkul 3-4 pagi tu dah mcm alah bisa tegal biasa bagi sesiapa yang suka buat kerja last minit macam aku ni ha! hahahahhaha.. gelakkn diri sendiri..

oh! terlepas satu event pulak.. yang paling penting bulan April merupakan HARI LAHIR SAYA dan dia!..yang ke...errr.. rahsia.. haha.. yang penting bru layak mengundi lah.. so rajin-rajin lah fikir sendiri.. jutaan million trillion times terima kasih buat sesiapa yang wish kat Fb mahupun PM kt hp hari tu.. out of 600++ friends dkt Fb tu lebih kurang 100+ yang wish dekat wall aku.. ok la tu kan? bajet kau retis ke anem oii nak orang wish smpai ribu-ribu.. haha.. 1st wish dari pihak yang berkenaan..tepat jam 8.40 malam! terkejut terharu sampai nak termenangis.. haha..macam apa je.. wish yang lain dari yang lain..sbb ikut waktu islam..lps maghrib dah msuk hari yan baru..jadi..mmg dia orang yang 1st lah kan! *sengihlebargilamenaipni!*


dan selepas itu berduyun-duyun msj masuk juga wallpost.. awww! terharu jah! tapi sedih sbb dah setahun aku postpone mkn kek blueberrycheese on my birthday still xsempat nk makan.. tsk..tsk..tsk.. tapi tapi tapi..akhirnya! dapat jugak..atas inisiatif diri sendiri merajinkan diri untuk keluar ke JJ tmn U.. itu pun sebab nak beli barang untuk kem.. then ternampak-nampak SR tu memanggil-manggil nama aku..haha.. nanti xbeli kempunan lagi, jatuh moto pulak.. padahal mmg dah mengidam tahap petala kelapan! kalau orang mengandung kompem nanti meleleh je air liur baby tu....




dan tadaaaa!!

SR!

Uuu laaa.. kecur air liur!

taksanggup nak habiskan :')

haha..okei jangan jeles..

eh kejap.. to be continue..nak pegi kelas dah! tadaaa~


p/s: siapa "dia" jangan tanya!..

Saturday, January 28, 2012

alhamdulillah..

alhamdulillah..
terima kasih Ya Allah..
dengan kasih sayangMu, tiada yang mustahil..
walaupun tidak sehebat mereka, tapi..aku mampu tersenyum..
walaupun aku tidak sehebat mereka, aku akan buktikan..
aku mampu setanding dengan mereka..

mungkin,,
tika ini, bukan rezeki ku..
mungkin,
diri ini belum cukup baik untuk mendapat kebahagiaan itu,,
mungkin,,
masih belum cukup amalan dan usahaku ini,,
dan mungkin..ada kata dan perilaku yang sumbang..
yang menghalang kejayaan itu..

namun..
aku takkan berputus asa..
takkan mudah berpuas hati..

terima kasih kepadaMu..
atas nikmat Iman, dan Islam..
atas nikmat kesihatan..
atas ujianMu..

buat mereka..
terima kasih buat kalian,,
yang membantuku..
dikala suka dan duka..
jasa kalian akan kukenang ke akhir hayat..
semoga Allah memberkati hidup kalian..
aminn..